Sunday 22 July 2012




Alhamdulillah tahun ini aku dan guru-guru SAMTKKB diberi mandat dan amanah untuk menjadi mentor. Aku sendiri ditakhlifkan sebagai mentor kepada 8 orang pelajar STAM iaitu Muhammad Nasrul, Muhammad Nur Faiz, Nuriqmal, Ahmad Faizul Rizal, Farah Nabihah, Adibah, Siti Nur Atikah dan Nur Hidayah. Alhamdulillah 2 daripada mereka telah pun memilih untuk meneruskan pengajian Tamhidi di peringkat universiti iaitu Siti Nur Atikah (Tamhidi Sains Kemanusiaan UIA) dan Nur Hidayah (Undang-undang UM)..Aku bersyukur dikurniakan anak-anak mentee yang sporting dan sangat memahami serta menerima aku seadanya sebagai mentor mereka. Masing-masing ada kelebihan masing-masing dan berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang. Moga Allah swt mempermudahkan urusan mereka menempuh cabaran ilmu...aminnnn

No comments:

Post a Comment