Wednesday 30 May 2012

Alam Persekolahan Suatu Yang Indah

Kenangan bersama teman-teman Kelas 4A dan Ustaz Ishak

Assalamualaikum semua...hari ni aku akan bercerita serba sedikit tentang alam persekolahanku kira-kira 17 tahun yang lalu..ketika itu aku berada dalam Tingkatan 6 Atas STPM...Aku pun tak sangka aku boleh bertahan lama di sekolah...Sebenarnya aku telah bersekolah selama 7 tahun di SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah,Batu 38,Sabak Bernam...Sebagai seorang yang agak senior di sekolah tersebut menjadikan aku seorang yang 'alah bisa tegal biasa'...hampir semua warga sekolah itu mengenaliku...aku menjadi begitu selesa dengan dunia persekolahanku..biarpun diberi tanggungjawab menggalas pelbagai jawatan..antaranya seperti LP Koop,Exco Pusat Sumber,AJK Redaksi dsbnya...namun itu semua tidak menjadi halangan untuk aku belajar dengan penuh kesungguhan...

Aku sangat bertuah kerana punyai guru yang sangat memahami dan teman-teman seperjuangan yang sangat mengambil berat dan sedia berkongsi suka dan duka.Aku masih ingat saat aku ditimpa kesedihan lantaran permohonanku melanjutkan pelajaran ke Jordan tidak diterima, teman-teman sekelasku turut sama bersimpati malah turut menitiskan air mata bersama-sama seolah-olah mereka sendiri dapat merasai apa yang aku alami..Semenjak hari itu, hubungan kami bertambah rapat...malah kami berhempas pulas bersama-sama untuk meraih kecemerlangan dalam STPM tahun itu...

Rezeki menyebelahiku apabila aku ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Al Azhar,Mesir...sesuatu yang tidak kujangka...universiti yang menjadi kebanggaan Abah...bagiku peluang ini tidak harus aku sia-siakan..saat teman-teman bertungkus-lumus membuat ulangkaji untuk peperiksaan STPM, aku pula bertungkus-lumus membuat persiapan untuk ke Timur Tengah..Rakan-rakan menumpang kegembiraan lantaran hanya aku satu-satunya wakil pelajar senior yang berpeluang ke Mesir..Memandangkan tarikh penerbanganku ke sana agak lewat iaitu penghujung bulan Disember 1995, membolehkan aku berpeluang untuk sama-sama menduduki peperiksaan STPM bersama rakan-rakanku yang lain..Biarpun aku tahu yang aku sudah mempunyai tempatku yang tersendiri di Mesir, namun aku menyahut cabaran guruku juga teman-teman yang ingin melihatku berjuang dalam STPM...

Alhamdulillah..akhirnya berkat doa guru,keluarga dan teman-teman aku berjaya juga memperoleh 4P dalam STPM 1995..Biarpun aku agak kecewa kerana tidak dapat memperoleh 5P..tapi aku tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya aku masih berkesempatan menduduki peperiksaan tersebut, meskipun 2 minggu selepas itu aku terpaksa berangkat ke Mesir memenuhi impian dan masa depanku...

Sejujurnya, hingga saat ini aku masih rindukan saat persekolahanku...alam pembelajaran sememangnya saat yang cukup indah...terima kasih teman..terima kasih guru..terima kasih Abah Mak...kalian pemangkin semangatku...yang menjadikan aku seperti apa yang Aku Ada Hari Ini...

Tuesday 29 May 2012

Langkah pertamaku...

  

 Alhamdulillah..hari ni tercapai juga impianku untuk mencipta laman blog ku sendiri.Sebenarnya aku cuba melayari sendiri kaedah mnghasilkan blog ini.Walaupun sebelum ini aku telah mengikuti kursus menghasilkan Blog Pusat Sumber tetapi kepuasannya jauh berbeza apabila aku cuba menghasilkan blogku sendiri.Mudah-mudahan blog ini mampu menambahkan idea dan pengalaman baru untuk aku lebih berani menghadapi realiti kehidupan.
Aku akan cuba memanfaatkan blogku ini untuk meningkatkan kecemerlanganku dalam kerjaya dan kehidupan...insya Allah...inilah langkah pertamaku..