Thursday 28 July 2016

Catatan Khamis 28 Julai 2016
Assalamualaikum wth wbh

Demam Syafawi STAM masih terasa bahangnya. Hari ini telah masuk hari yang keempat calon-calon STAM bergelumang dengan cabaran Ujian Lisan/Sayafawi STAM yang meliputi 3 madah iaitu Hifz Al Quran, Hadith dan juga Mutolaah.Ujian ini akan berakhir 4 Ogos 2016. Aku sendiri ditugaskan memantau perjalanan ujian bagi calon-calon STAM sekolahku.
Pelbagai ragam dan karenah yang dapat aku perhatikan dalam kalangan anak-anak didikku. Tiada apa yang mampu aku ungkapkan untuk menggambarkan debaranku sendiri melihat mereka diuji. Maklumlah aku sendiri mengajar Hifz Al Quran dan Tajwid, maka sudah tentu aku pun turut merasakan getaran cemasnya mereka. Namun aku pasrah dan berserah pada Allah SWT atas segala usaha dan kesungguhan mereka. Aku yakin mereka telah buat yang terbaik. Doa dan harapanku agar urusan mereka dipermudahkan ...bukan sahaja untuk syafawi, malah dipermudahkan hingga tiba detik Peperiksaan STAM Oktober 2016 nanti...Ameen.

Sesi Tasmik dan Ulangkaji Hafazan di dalam kelas sebelum Ujian Syafawi