Saturday 28 November 2015

Assalamualaikum wth wbh

Bertahun menyiapkan laman blog ini..hingga adakalanya ketandusan idea..tapi kali ini insya Allah akan cuba konsisten berkarya demi memenuhi hajat seseorang. Untuk kali ini saya ingin kongsikan sebuah lirik lagu yang saya hasilkan sendiri. Alhamdulillah lirik lagu ini telah digubah menjadi sebuah melodi yang indah oleh anak nasyid saya iaitu Azrien Hidir. Moga kita beroleh manfaat.


"Lihat ke dalam diri
apa yang kau cari
semua dari hati
Lihat ke dalam jiwa
apa yang kau minta
pada Pencipta

Bukan Pangkat juga harta
bukan sanjungan
bukan nama
tapi bakat serta usaha
tulus jiwa keranaNya

Jangan pandang pada rupa
jangan leka dengan nikmat dunia
kelak binasa tiada berguna
mohon restu hanyalah padaNya"

Gubahan lagu : Muhammad Azrien bin Hidir
Lirik : etnfhannani28376