Sunday 22 July 2012




Alhamdulillah tahun ini aku dan guru-guru SAMTKKB diberi mandat dan amanah untuk menjadi mentor. Aku sendiri ditakhlifkan sebagai mentor kepada 8 orang pelajar STAM iaitu Muhammad Nasrul, Muhammad Nur Faiz, Nuriqmal, Ahmad Faizul Rizal, Farah Nabihah, Adibah, Siti Nur Atikah dan Nur Hidayah. Alhamdulillah 2 daripada mereka telah pun memilih untuk meneruskan pengajian Tamhidi di peringkat universiti iaitu Siti Nur Atikah (Tamhidi Sains Kemanusiaan UIA) dan Nur Hidayah (Undang-undang UM)..Aku bersyukur dikurniakan anak-anak mentee yang sporting dan sangat memahami serta menerima aku seadanya sebagai mentor mereka. Masing-masing ada kelebihan masing-masing dan berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang. Moga Allah swt mempermudahkan urusan mereka menempuh cabaran ilmu...aminnnn

Sunday 1 July 2012

I LEARN THAT I NEED TO LEARN MORE

Setiap hari ada sahaja pengalaman baru yang aku lalui...dan setiap kali itulah aku harus berdepan dengan cabaran baru yang menuntut pelbagai pengorbanan.Benarlah ungkapan yang aku dengar daripada host rancangan Reflection TV Al Hijrah..."What do you learn today?The guys said..I learn that i need to learn more"..begitu juga ungkapan yang pernah dinukilkan oleh salah seorang Pensyarah MPI Bangi semasa pengajian ikhtisasku beberapa tahun lalu iaitu "Pembelajarn itu adalah sepanjang hayat"...Duniaku kini bergelumang dengan pelbagai kemahiran ICT dan Lensa Kamera yang sebelum ni agak asing bagiku..namun aku anggap semua ini sebagai satu cabaran yang harus aku terokai...Aku harus buktikan bahawa title "ustazah" tidak menghalang aku untuk menimba ilmu yang jarang-jarang diminati oleh orang lain...Moga aku temui kebahagian dalam duniaku ini...