Monday, 17 September 2018

Catatan 17 September 2018

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani

Sekian lama blog ini terbiar sepi...
cuba untuk menulis tapi kekangan masa sangat menghimpit diri..
dibelenggu pelbagai tugasan dan amanah yang tak terhitung jumlahnya

Namun cuba mencarai ruang dan peluang untuk menulis
Dengan harapan tinta hikmah ini terus melakarkan sesuatu
untuk dikongsi bersama...

Ku Mohon dariMu Ya Allah
Permudahkan urusanku
Perteguhkan keazamanku
Perkuatkan langkahku

Agar setiap gerak laku ini 
sentiasa di bawah Rahmat dan InayahMu...




Sunday, 21 August 2016

13 Ogos 2016 - Sabtu

Perkongsian ilmu di SAM Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sebagai Penceramah Seminar Teknik Menjawab Tauhid dan Mantiq STAM 2016. Semoga kita semua beroleh manfaat dan keberkatan ilmu.
Kembali ke bumi Sabak Bernam ini telah mengundang seribu satu nostalgia lalu sepanjang 7 tahun berada di bumi ini semenjak tahun 1989 - 1995. Sungguh sayu perasaan ini hingga tidak dapat digambarkan ...terutama bila melalui perkarangan sekolahku ...yang telah mendidikku menjadi manusia seperti adanya aku hari ini...terima kasih kenangan...terima kasih para pendidik budiman...jasamu terpahat di jiwa...



Thursday, 28 July 2016

Catatan Khamis 28 Julai 2016
Assalamualaikum wth wbh

Demam Syafawi STAM masih terasa bahangnya. Hari ini telah masuk hari yang keempat calon-calon STAM bergelumang dengan cabaran Ujian Lisan/Sayafawi STAM yang meliputi 3 madah iaitu Hifz Al Quran, Hadith dan juga Mutolaah.Ujian ini akan berakhir 4 Ogos 2016. Aku sendiri ditugaskan memantau perjalanan ujian bagi calon-calon STAM sekolahku.
Pelbagai ragam dan karenah yang dapat aku perhatikan dalam kalangan anak-anak didikku. Tiada apa yang mampu aku ungkapkan untuk menggambarkan debaranku sendiri melihat mereka diuji. Maklumlah aku sendiri mengajar Hifz Al Quran dan Tajwid, maka sudah tentu aku pun turut merasakan getaran cemasnya mereka. Namun aku pasrah dan berserah pada Allah SWT atas segala usaha dan kesungguhan mereka. Aku yakin mereka telah buat yang terbaik. Doa dan harapanku agar urusan mereka dipermudahkan ...bukan sahaja untuk syafawi, malah dipermudahkan hingga tiba detik Peperiksaan STAM Oktober 2016 nanti...Ameen.

Sesi Tasmik dan Ulangkaji Hafazan di dalam kelas sebelum Ujian Syafawi