INFO UMUM PENDAFTARAN STAM & LPM

PENDAFTARAN STAM
Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  adalah melalui laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Borang Pendaftaran STAM
Calon Sekolah
  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Layak Menduduki STAM
  • Telah mengikuti Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir DAN;
  • Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU;
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.
Yuran Peperiksaan STAM
  • Bayaran yuran peperiksaan STAM sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas calon sekolah swasta, calon persendirian dan calon bukan warganegara yang mengambil semua mata pelajaran.
  • Bayaran asas sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas calon yang ingin mengambil mata pelajaran tertentu dengan kadar yuran RM 25.00 bagi setiap mata pelajaran.
  • Bayaran hendaklah dibuat melalui kiriman wang atau draf bank yang dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran secara wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
Tarikh Peperiksaan STAM
  • Sila rujuk laman rasmi portal Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STAM tahun semasa.
Tarikh Tutup
  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM  adalah pada 31 Mac setiap tahun.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
  • Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan STAM hendaklah dirujuk kepada sekolah masing-masing atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
  • Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

1 comment:

  1. Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar tu ape ye??
    ana bakal mengambil stam tahun hadapan tpi spm ana aliran biasa,,,org ckp boleh je nk ambik TAPI persoalan APA ITU Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar

    ReplyDelete